Monday, 29 April 2013

S+A+M+A

kadang2 payah jadi orang yang jenis tadah ni.
orang pijak kepala-- senyap.
orang tujal maruah-- senyum.
orang lantun bahasa-- angguk.
orang campak tahi-- sambut.

atas dasar
"berdiam itu lebih elok".

kadang2 payah jadi orang jenis tadah ni.
... sebab orang fikir: "dia boleh makan".
sebab orang rasa: "dengan dia takpe".
sebab orang agak: "dia takkan melawan".
sebab orang yakin: "dengan dia boleh".

tapi orang jenis tadah ni seperti kita semua--
adalah manusia.

dan manusia--
ada sedikit perangai binatang di sekali sekala.

kalau pun hari2 dia seperti kucing,
jaga2--
esok mungkin jadi singa.

kalau pun hari2 dia seperti arnab,
elok2--
esok mungkin jadi naga.

kalau orang sanggup mutasikan kulit jadi besi waja,
janganlah asyik dirodok atas dasar:
"ah dia takkan tercalar punya".

manusia tetap manusia.
dan senjata yang paling kalis kebal adalah kata2.

para isteri,
kalau hari2 dok tuduh suami ada betina--
dari tak ada--
besok dia cari juga.

para kekasih,
kalau hari2 dok cakap tak sayang--
dari sungguh cinta--
besok terus dia angkat kaki begitu sahaja.

bukan sekali kita dengar kisah manusia biasa snap dan terus takik kepala orang yang dia paling sayang dalam dunia.

a mind can only take how ever much they can take.
maka jaga2.
maka elok2.

kata kuncinya di sini;
jangan pernah persoal kenapa seseorang itu beralih fitrahnya--
berubah kebiasaannya--
kalau semedang di hari2 baju besi menangkis kata2mu itu semakin terhakis.

kadang2,
tanya diri kita.

manusia berubah kerana dia berubah--
atau kerana KITA memaksa ubahnya?

empang paling tebal dalam dunia pun--
yang paling kukuh--
yang paling teguh--
kalau tersisip pasir sehari sebutir--

lama2 terpecah jua.
 
Shared: Fynn Jamal Facebook

Saturday, 27 April 2013

Avril Lavigne - Push

 

ditelan mati rasa,diluah mati hati..

I+N+D+A+H

dulu, kau ungkap indah..
semuanya indah..
bahagia..
itu katamu..
tapi kini,
tak serasi..
itu lebih jelas ku dengar,
dlm kiasan ayat2 mu..
pelik..
mengerti..serta pengertian..
itu yg lebih kau cari..
suatu yg sedang aq plajari..
mungkin katamu mudah..
tp kataku sengsara..
benarkah kata2mu..
sampah..
itu yg kau rasa?
kau..atau sebenarnya..
aq..dan semua kata2 mu..
penghinaan..
yg pedih..

Tuesday, 2 April 2013

M+a+A+f

Aq tringat pada suatu ketika ni..
"ehm.."
"ehm.."padahal mmg xberniat,kalau bukan sbb aq sakit tekak
"ehm.."katanya kembali
aq kurg pasti..tapi bunyinya begini..
"hai,siape dsana?"kataku memastikan
"hai,saya yusry..siapa dsana?"
"owh..erra ni..lame xjumpe.."
"a'ah..maaflah..kite xdtakdirkan bersama.."
aq membisu,terkesima..
lalu dia pergi..

Mungkin ini takdir kami..
Tapi aq bersyukur..
Yang kemudian datangnya tanpa diundang,
tapi serinya bergemerlapan..L